Saturday, March 07, 2009

Daun yang kuning layu...


Telah kusiram pohon ini dan kujaga sebaiknya, namun tetap sehelai daunnya layu.

Aku tertanya-tanya, di mana silapnya?

Hari ini peluang terbuka seluas-luasnya untuk aku berfikir sendirian. Sedang duduk memerhati daun yang layu kekuningan, terlintas di benak yang selalunya degil tak mahu mendengar kata logik; bahawa sebaik mana sekali pun aku menjaganya, hukum alam takkan sekali-kali dapat diubah untuk mengikut kemahuanku malah sesiapa pun. Tiba masanya, ia tetap akan layu dan mati.

Teringat seketika pada sebuah madah pujangga lewat musim yang lalu. Pernah aku ibaratkan kasih yang tertanam dalam hati ini sebagai pohon hijau yang perlu dijaga dan disiram sebaiknya; kalau tidak, layu dan matilah ia.

Tiba-tiba perasaan sayu menggodam hati. Betullah kata orang, setiap sesuatu yang bermula pasti ada penghujung/penamatnya.
Itulah lumrah hidup. Aku yang terlupa, leka mungkin.

Membuatku terfikir lebih jauh mendalam. Bilakah masa untukku akan tiba?
Sudah bersediakah aku?

No comments: