Monday, April 12, 2010

Ceritera anjing (Dog story) ...

This time around for some apparent reason I have to write in Malay again. 

I encountered Dalam hidup saya telah beberapa kali saya dipertemukan dengan anjing-anjing yang suka menyalak, mengancam untuk menggigit / mencedera.

Malah, sewaktu berumur 5 tahun saya pernah dikejar anjing yang mengidam seplastik air minuman yang saya genggam. Emak pula panik, kerana saya hilang kira-kira 15 minit menyembunyikan diri selepas lari ketakutan.

Apabila dewasa, tak disangka-sangka saya masih tetap terpaksa berdepan dengan masalah anjing gila yang menyalak-nyalak dan mengancam hatta di depan pintu rumah sendiri.

Anjing gila yang tidak tahu dari mana asal-usulnya itu telah pun beberapa kali melakukan kerosakan di rumah saya - menggigit serta memecahkan barang-barang dalam rumah seperti lampu, jag air, kerusi, gelas dan bermacam-macam lagi termasuklah barang-barang sentimental peninggalan arwah suami kakak saya.

Tidak cukup dengan itu, salakannya bertalu-talu seperti meniup sangkakala agar seluruh umat manusia faham apa yang ingin disalakkannya.

Beberapa orang rakan yang pernah terserempak dengan anjing gila itu menyuarakan bahawa mereka tidak sangka langsung yang anjing itu sebenarnya mengalami masalah otak (heh, anjing pun ada mental problem?).

Bagi saya, biarkan saja anjing itu menyalak. Bila penat nanti berhentilah dia. Kalau masih berdegil, laporkan saja kepada tuan punya anjing itu. Biar dilepaskannya anjing itu ke mana-mana ceruk, biar hidup merempat tak bertuan. Atau pun, laporkan kepada majlis perbandaran, layaknya ditembak mati sahaja spesies anjing-anjing gila ini.

Nasib baik saya pula bukannya jenis orang yang suka membela anjing. Menyusahkan hidup sahaja!

Ketawa besar saya! Nasiblah kalau terasa.

No comments: