Sunday, April 04, 2010

In irritation I found something to smile at....

I have to write this in Malay, if you really, really know what I mean. LOL
(If you can't get it, read this till the end).

Malam ini saya terpaksa menyaksikan ABP buat tahun yang kedua berturut-turut selepas ABP tahun yang lalu. Alasan saya sama seperti di tahun yang lalu juga, kerana menemankan emak yang suka sangat melihat gelagat artis-artis Malaysia buat lawak bodoh...

Persembahan oleh artis-artis yang membuat persembahan pentas sebentar tadi pada saya amat memalukan, sumbang dan langsung tidak menghiburkan. Terkinja-kinja tanpa koreografi yang proper (maaf, saya gagal mengilhamkan perkataannya dalam BM), menyanyi tanpa energy (maaf sekali lagi) dan stamina, tercungap-cungap, penuh dengan kata-kata yang merapu serta meleret-leret, ada yang lupa lirik, dan tak kurang gelagat serta telatah menyerupai monyet Belanda*

*terkinja-kinja seperti monyet, perasan hidung mancung cakap pun pelat Mat Salleh...

Namun, apa yang membuatkan saya amat tertarik ialah sekumpulan adik-adik yang menyampaikan (in stead of menyanyikan) koleksi lagu-lagu hits oleh KRU. Lagu terakhir yang disumbangkan oleh mereka bertajuk Awas, sebuah lagu yang ditujukan kepada gadis-gadis materialistik yang suka menggoda lelaki-lelaki yang pada pendapat mereka "usia tak material walau pun dua kali gandamu". Secara spontan, sebuah nama maha besar industri muzik (benarkah ia satu industri?) tanah air terlintas di benak saya yang kadang-kadang (atau selalunya) amat sinikal dan nakal ini. Siapa lagi kalau bukan DSN...

Sumpah tak tipu, kalaulah saya berada di tempatnya pada saat dan ketika itu, saya akan tarik orang tua itu bangun dari kerusi yang sangat empuk itu lantas mengheretnya keluar dengan segera sambil diiringi perasaan malu yang teramat sangat kerana tak banyak sikit lirik lagu itu tetap terkena tempiasnya di batang hidung saya sendiri! "Aku saman Berita Harian dan adik-adik itu!"
Mmuuuuaaaahahahahahahahahhahahahahahahahha....!!!!!

That's all I want to write. Anyway, Kak Ogy tetap rock!!!!!

2 comments:

imran said...

Ishhh....dah berusia macam ni pun kena tonton ABP ni? aku dah tak layan benda2 ni since....hmmm....tak ingat dah!...yela...ko kan anak solehah!

btw, i wish u gd luck and fikir yang baik! sbb ko adalah insan terpilih!

Azhariz Azra said...

oh imran, adakah kau ingin menyatakan sesuatu? ketidakpuasan hati seperti musim yang lalu? LOL

aku keletihan,itu yang sesungguhnya. saat ini hanya mahu mencari platform untuk lepas laku dan "let go" tekanan. LOL

come lah,let's board the ship together!